SHANGHAI – HANGZHOU PADA 10 – 15
SEPTEMBER 2013
Bersyukur kepada Allah kerana memakbulkan impian saya
untuk pergi melancong ke luar negara. Saya telah mewakili jabatan di tempat
saya bekerja bagi mengikuti lawatan kerja ke Shanghai, China. Lawatan kerja ke
Shanghai ini telah memberi peluang kepada saya untuk menganalisis dan membuat perbandingan
terhadap apa yang dilihat dan dipelajari sepanjang berada di Shanghai.
Ternyata, berkunjung ke Shanghai telah menambah pengalaman
dan pengetahuan baru buat saya. Walaupun masa yang singkat memang tidak boleh menangkap semua yang ada di Shanghai tetapi sekilas
yang saya perolehi adalah kesibukan bandar ini, kepadatan
penduduknya, kenderaan yang banyak dan tiada henti,dan dipenuhi bangunan pencakar langit telah menunjukkan
bahawa Shanghai merupakan bandar raya moden tetapi masih mempunyai pemandangan sosio
budaya yang menarik. Sememangnya melihat kepada kerancakan pembangunan ekonomi dan
fizikal kota Shanghai ini, tidak hairanlah China akan menjadi kuasa ekonomi
yang terbesar didunia.
Shanghai merupakan bandar terbesar di China dan adalah salah satu bandar
metropolitan terbesar di dunia, dengan jumlah penduduk kira-kira 20 juta rakyat
dan luas wilayah 6218 km2 . Secara geografi,
Shanghai terletak di sebelah timur China. Bandar Shanghai selain sangat padat
penduduknya, juga dihiasi dengan bangunan-bangunan moden pencakar langit awal
abad ke 20, mulai daripada seni bina bergaya neoklasik hingga ke art deco. Tarikan terhadap bandar
ini sememangnya digambarkan dengan baik menerusi perancangan bandar serta binaan
moden yang menghiasi pelosok Shanghai. Bangunan -bangunan pencakar langit boleh
dilihat di daerah tepi sungai The Bund, yang terletak di sepanjang sungai
Huangpu, salah satu anak sungai Yangze, membentang sepanjang 97 km, dan membelah
Shanghai menjadi dua wilayah, iaitu Puxi dan Pudong . Puxi yang merupakan pusat
sejarah bandar, terletak di sebelah barat sungai Huangpu. Sementara itu Pudong,
adalah wilayah baharu, yang merupakan pusat kewangan, terletak di timur sungai
Huangpu.
Duit China menggunakan matawang Yuan Renminbi (¥) atau RMB atau CNY
di mana tukaran duit berbanding Ringgit Malaysia ketika ini adalah 100 CNY
bersamaan dengan RM54.81.
Waktu di Shanghai adalah sama seperti waktu di
Malaysia. Terbitnya matahari adalah lebih kurang jam 5.30 pagi dan waktu
terbenam matahari pula adalah lebih kurang jam 6.56 petang. Cuaca di bandar
Shanghai adalah panas di mana suhu di antara 20 °C (malam) hingga 32 °C
(tengahari).
Sepanjang
di China, kami dihidangkan dengan pelbagai makanan tradisi yang di makan oleh
masyarakat Cina pada setiap hari. Restoran-restoran yang kami singgah untuk
makan adalah terdiri daripada restoran muslim yang sudah tentunya berstatus
halal. Kebanyakan menu yang dihidangkan adalah lebih kurang sama di mana
lauknya bergoreng dan terlalu banyak minyak, menggunakan sos tiram dan sayur-sayuran
pula sudah semestinya kobis atau kailan digoreng bersama sos tiram. Masakan di
sini tidak pedas tetapi sedikit masin. Minumannya pula sudah semestinya teh
cina.
Kebanyakan kereta di China adalah buatan Eropah
seperti Volkswagen, Audi, BMW dan kereta buatan Jepun sangat kurang kelihatan
disini. Manakala pemanduannya pula disebelah kiri seperti pemanduan di kebanyakan
negara Eropah.
Di China juga mempunyai pengurusan nombor
pendaftaran kenderaan (plat) mengikut negeri/daerah dan penggunaan. Setiap
aksara serta warna melambangkan dimana pendaftaran dibuat atau kelas kegunaan
bagi kenderaan tersebut. Motosikal yang menggunakan minyak petrol atau enjin
yang mengeluarkan asap tidak dibenarkan di China kecuali motosikal kegunaan
polis. Kebanyakan penduduknya menunggang basikal atau motosikal menggunakan
bateri. Jalanraya di sini mempunyai lorong khas untuk kenderaan jenis ini.
Kebanyakan jalan-jalan di bandar Shanghai ini
di hiasi dengan pokok-pokok bunga yang cantik dan menarik.
Sepanjang kami di China, kami tidak dapat menggunakan
kemudahan jaringan sosial seperti Facebook kerana ia di sekat dan di kawal oleh
kerajaan China, walau bagaimanapun,akses ke website yang lain di internet
adalah di benarkan dan boleh di capai.
Ia merupakan dataran di tepi tebing Sungai Huangpu. Di sini kita boleh menikmati pemandangan panorama yang indah dengan bangunan tinggi mencakar langit yang unik dan menarik.
Nanjing Road
Nanjing Road adalah merupakan kawasan membeli belah yang termuka di Shanghai.
Huangpu River Cruise
Pelayaran yang di nikmati dengan menggunakan cruise ini
ialah selama 50 minit iaitu menyusuri sungai Huangpu dengan melihat pemandangan
panorama yang indah dan cantik dengan kelipan dan pancaran cahaya di
bangunan-bangunan tinggi ditepi sepanjang sungai Huangpu ini. Keadaan ini
menampakkan bahawa bandaraya Shanghai pada waktu malam bermandikan cahaya.
Xintian of Shanghai/Shanghai Old Town
Xintian adalah merupakan bandar
lama Shanghai. Di sini terdapat bangunan dengan senibinanya yang unik dan
menarik. Di samping keunikannya, ia merupakan pusat membeli-belah dan tarikan
pelancong terutamanya pelbagai jualan cenderahati yang ada di sini.
Oriental Pearl TV Tower
Oriental Pearl TV Tower
Wilayah Pudong sebelum ini merupakan daerah persawahan, tetapi sekarang
Pudong dipenuhi oleh bangunan - bangunan pencakar langit, salah satunya adalah
Oreintal Pearl TV Tower, iaitu menara tertinggi ketiga di dunia.
No comments:
Post a Comment